Assalammualaikum dan Salam sejahtera kawan-kawan sekalian,
Alhamdulilah saya telah datang tepat ke kelas pada masanya. Hehe... Begitu juga kawan-kawan yang lain. Tahniah! :)
Mengimbas kembali....... (sila lihat di bawah)
Minggu Kedua : Semester II, 2012/2013
Subjek : PPEK3104 Perancangan Program dan Strategi Pengajaran v.1
Masa : 10.00 pagi sehingga 1 petang (3 jam)
Kelas : BSEB301
Tarikh: 25 Februari 2013 (Isnin)
Kelas 3 jam lama kan? Tapi tak rasa lama pun sebab banyak informasi yang telah diberikan oleh Dr. Zuraidah tentang tugasan individu dan kumpulan, tarikh-tarikh penting hantar tugasan, hasil pembelajaran, pelan pembangunan pendidikan ada 11 elemen perlu di transformasi (2013-2015), penerangan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak (umur sama tetapi perkembangan berbeza dari segi fizikal, penampilan diri dan latar belakang), kena browse internet tentang kaedah melatih kanak-kanak untuk berjalan dalam jangka masa yang ditentukan (40 minggu - 52 minggu) dan tentang teori Arnold Gesell.
Info penting tentang subjek ini :
60% Tugasan individu dan tugasan kumpulan
40% Peperiksaan Akhir
Tugasan Individu (20 markah)
1) Perlu ada blog tentang Perancangan Program dan Strategi Pengajaran v.1 dan perlu ada tajuk yang direka sendiri..
2) Perlu buat refleksi dalam blog sendiri mengenai apa yang telah dipelajari pada minggu tersebut. *Refleksi individu (pengajaran dalam kelas)
*Refleksi perbincangan dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
Ia merangkumi cetusan idea dalam pengajaran kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Contohnya pendekatan Glenn Domen.
3) Setiap minggu Dr. Zuraidah akan bagi tugasan. Jadi, bersedia!! (bagi refleksi individu)
Tugasan Kumpulan (20 markah)
AHLI KUMPULAN : Sukri (K), Eunice Ng, Nad, Ezan, Ain Yazid, Kak Nisa & Kak Mira.
1) Perbincangan bersama kumpulan tentang pendekatan pengajaran yang digunakan dalam isu yang sama. (Pendekatan Maria Montessori? Lev Vygotsky? apa-apa sahaja.. janji sepakat dengan ahli kumpulan masing-masing) :)
PENTING : Pendekatan pengajaran mesti ada VISI, MISI, OBJEKTIF, MATLAMAT DAN HASIL PEMBELAJARAN
2) Lawatan setiap kumpulan ke sebuah TASKA. (Lihat pendekatan pengajaran yang digunakan)
* Menyusun ruang penyesuaian di bawah umur 5 tahun
*Merancang aktiviti mengikut penyusunan jadual (promosi tadika kepada ibu bapa yang akan menghantar anak mereka di taska tersebut) ~ planned future kindergarden~
PENTING : REKABENTUK RUANG TADIKA SENDIRI (1-5 tahun) ~ kaitkan dengan teori yang telah dipelajari dan terangkan secara terperinci.
TARIKH PENTING !!!
15 April 2013 = Lawatan ke Taska (bersama ahli kumpulan)
17 Mei 2013 = Serahan tugasan
20 Mei 2013 = Presentation
31 Mei 2013 = Projek Rekabentuk
~Semoga berjaya~
Seterusnya, Dr. Zuraidah menerangkan 4 hasil pembelajaran mengenai subjek Perancangan Program dan Strategi Pengajaran
1) Menerangkan konsep pengajaran, pembelajaran dan pendekatan P&P
2) Merancang aktiviti bagi bayi dan kanak-kanak bertatih. Contoh: merangkak. (berdasarkan pendekatan yang dipilih)
3) Menyusun ruang fizikal bersesuaian bagi setting Pendidikan Awal Kanak-Kanak peringkat bayi dan kanak-kanak bertatih.
4) Merancang aktiviti perkembangan bersesuaian. Salah satu kaedah yang digunakan ialah penyusunan jadual.
*Cara memilih aktiviti yang sesuai di bawah umur 5 tahun
*Panduan merancang aktiviti di bawah umur 5 tahun
*Perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti untuk memudahkan perkembangan kanak-kanak.
Kelas minggu ke 3 bertempat di Tingkat Atas Sekali, Pusat Dialog Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
~ Semoga bertemu kembali~ InsyaAllah
TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL
Biodata tokoh
Arnold Gesell
atau nama sebenarnya ialah Arnold Lucias Gesell merupakan seorang
psikologis dan pakar kanak-kanak Amerika yang merintis kajian mengenai
proses perkembangan manusia semenjak lahir sehingga remaja. Beliau
memfokuskan kajian secara saintifik dalam bidang perkembangan
kanak-kanak. Beliau dilahirkan pada 21 Jun 1880, di Alma, Wisconsin.
Keluarganya amat menghargai akan pendidikan . Pada awalnya Gessell
membuat keputusan untuk menjadi seorang guru. Beliau berkelulusan dari
University of Wisconsin pada tahan 1903 dan kemudiannya menjadi pengetua
dan guru di sekolah tinggi sebelum beliau memasuki Clark University
dimana Gasell telah menerima Phd pada tahun 1906 di university tersebut.
Gasell percaya bahawa dalam usaha untuk membuat kajian dalam
perkembangan kanak-kanak, beliau perlu mengetahui mengenai perubatan.
Oleh itu, beliau telah menyambung pendidikannya dalam bidang perubatan
di Yale dan menerima M.D pada tahun 1915. Setelah menamatkan pengajian,
beliau memulakan kerjaya dengan mengajar psikologi dan kebersihan
kanak-kanak di Los Angeles State Normal School. Gesell telah menyertai
salah sebuah fakulti yang terdapat di Yale dan beliau menjadi penolong
professor pendidikan pada tahun 1911 dan menubuhkan dan menguruskan Yale
Clinic Of Child Development pada tahun yang sama hingga tahun 1948.
Dari tahun 1948 hingga ke akhir hayatnya, Gesell merupakan pengarah
kepada Gesell Institute Of Child Development di New Haven, Connecticut
iaitu sebuah insitut yang mengkaji perkembangan kanak-kanak. Gasell
telah meninggal dunia pada 29 May 1961.
Peringkat - peringkat dan cadangan aktiviti.
Menurut
teori kematangan yang dibuat oleh Arnorld Gesell, beliau telah
membahagikan kepada 5 peringkat dalam proses perkembangan kanak-kanak.
1)
Peringkat
pertama lahir sehingga 1 tahun iaitu 1 bulan menghasilkan tangisan
berbeza-beza untuk menyatakan kehendak berlainan seperti lapar dan juga
lampinnya basah, 4 bulan koordinasi fizikal berlaku seperti mata
mengikut objek yang bergerak, 6 bulan bayi mula menggenggam objek, 7
bulan bayi boleh duduk & merangkak dan 12 bulan bayi mampu berdiri
dengan berpaut pada perabot.
#
Cadangan aktiviti adalah penerokaan
permainan. Bagi melakukan aktiviti ini ibu bapa memainkan peranan dalam
melakukan aktiviti ini. Ibu bapa perlu meletakkan bayi di atas lantai
atau ruang yang luas supaya dapat menerokai permainan atau persekitaran
yang dapat membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan bayi tersebut.
Ruang yang luas memberikan kebebasan terhadap bayi untuk terus bergerak
dan menggunakan anggota badan bayi tersebut. Ibu bapa seharusnya
memberikan bayi dengan pelbagai jenis permainan yang berwarna-warni yang
boleh menarik perhatian bayi yang bermain. Aktiviti penerokaan
permainan akan melibatkan pelbagai jenis permainan yang disediakan atau
berhampiran dengan bayi yang dapat meningkatkan daya pergerakan
psikomotor bayi. Permainan yang berwarna-warni dapat menarik
perhatian bayi untuk bergerak bagi mendapatkannya. Dalam masa yang sama
ibu bapa digalakkan untuk bermain bersama-sama dengan bayi supaya dapat
mengawasi bayi daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Antara
pergerakan yang terlibat semasa aktiviti di peringkat ini adalah
psikomotor kasar dan psikomotor halus.
2)
Peringkat kedua, 1 - 2 tahun
iaitu kemantangan fizikal dan mental mula meningkat, mula memahami makna
‘jangan’ dan pada umur 2 tahun mampu untuk berjalan tetapi dengan
bantuan.
#
Cadangan aktiviti adalah bertatih. Aktiviti ini boleh
dilaksanakan dikawasan yang lapang seperti ruang tamu, lantai yang
mempunyai permukaan yang lembut dan kawasan rumput. Kawasan yang lembut
atau rumput diperlukan bagi mengelakkan bayi tidak akan mengalami
kecederaan apabila jatuh semasa menjalankan aktiviti tersebut.
Kecederaan yang teruk akan menrencatkan lagi perkembangan atau
pertumbuhan bayi tersebut. Ibu bapa perlu membantu bayi ketika proses
bertatih bagi mendapatkan sokongan yang baik. Semasa menjalankan
aktiviti bertatih ini bayi perlu mendapatkan sokongan sama ada daripada
ibu bapa atau persekitaran yang boleh membantu. Sokongan ibu bapa untuk
memegang tangan bayi untuk aktiviti bertatih adalah sangat penting
kepada perkembangan psikomotor atau anggota badan bayi. Ibu bapa yang
memberi sokongan akan meningkatkan lagi semangat bayi untuk terus
malakukan aktiviti tersebut sehingga berjaya untuk berjalan. Selain itu,
alat bantuan seperti walker boleh digunakan bagi membantu bayi semasa
proses bertatih. Walker juga memberi kesan kepada keyakinan bayi untuk
melakukan aktiviti bertatih. Alat bantuan lain juga boleh digunakan
semasa proses bertatih. Bantuan daripada peralatan yang ada
dipersekitaran bayi juga turut membantu semasa proses bertatih. Antara
motor yang terlibat adalah motor halus dan motor kasar. Motor kasar
ialah otot kaki semasa proses bertatih dan motor halus genggaman tangan
bayi untuk berpaut kepada sesuatu untuk bertatih.
3)
Peringkat ketiga, 2
- 3 tahun iaitu koordinasi mata, tangan dan kaki mula terbentuk, boleh
bercakap menggunakan ayat mudah dan boleh menguruskan diri seperti makan
dan memakai kasut.
#
Cadangan aktiviti adalah bermain play dough dan
lego. Peringkat ini kanak-kanak sudah pandai untuk berimaginasi bagi
membentuk sesuatu dengan menggunakan permainan yang berada berhampiran
atau persekitaran kanak-kanak tersebut. Permainan play dough dan lego
meningkatkan lagi daya pemikiran bayi dan psikomotor bayi semasa
aktiviti ini dijalankan. Ibu bapa boleh menggalakkan kanak-kanak
menghasilkan pelbagai bentuk rekaan yang disukai oleh mereka. Reka
bentuk yang dihasilkan kebanyakkannya menyerupai objek-objek yang berada
di persekitaran bayi tersebut. Galakkan daripada ibu bapa penting
kerana mereka antara orang yang paling rapat dan mampu untuk melakukan
aktiviti bersama-sama bayi tersebut. Pengawasan daripada ibu bapa perlu
bagi memastikan tiada sebarang kecederaan yang berlaku terhadap bayi
yang boleh merencatkan perkembangan dan pertumbuhan bayi. Ibu bapa boleh
memberikan aktiviti peneguhan positif kepada kanak-kanak seperti
pujian, bertepuk tangan bagi merangsang kanak-kanak yang terus bermain.
Pujian yang diberikan mampu untuk meningkatkan keyakinan bayi untuk
terus berusaha melakukan pergerakan. Permainan play dough dan lego
meningkatkan daya pemikiran dan pergerakan psikomotor bayi berkembang
dengan lebih baik. Antara pergerakan yang terlibat ialah pergerakan
motor halus koordinasi mata, tangan dan keseimbangan badan.
4)
Peringkat
keempat, 3 – 4 tahun iaitu koordinasi dan kematangan fizikal semakin
kukuh dan boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa.
#
Cadangan
aktiviti adalah menunggang basikal beroda tiga. Aktiviti mengayuh
basikal merupakan permulaan kepada pergerakan motor kasar. Ibu bapa
perlu memberi sokongan supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri
bermain basikal. Keselesaan semasa melakukan aktiviti menunggang basikal
amat penting supaya kanak-kanak berminat untuk terus berlatih.
Perkembangan atau pertumbuhan akan terus berkembang secara positif. Ibu
bapa perlu memberi pengawasan & pemerhatian dalam aktiviti yang
terlibat supaya tidak berlaku sebarang kecederaan terhadap kanak-kanak
tersebut. Antara pergerakan yang terlibat ialah genggaman melibatkan
motor halus dan kayuhan kaki (pergerakan) melibatkan motor kasar.
5)
Peringkat
kelima, 4 – 5 tahun iaitu proses berinteraksi terbentuk, mula
bersosialisasi, mengemukakan soalan berperingkat-peringkat dan bersedia
untuk ke kelas prasekolah.
#
Cadangan aktiviti adalah bermain bola sepak
bersama rakan-rakan. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula untuk
bersosial dan melakukan aktiviti berkumpulan. Pemilihan aktiviti bermain
bola sepak merupakan aktiviti sesuai bagi seseorang kanak-kanak normal.
Pengawasan daripada ibu bapa sangat penting supaya tidak berlaku
kecederaan terhadap kanak-kanak. Antara psikomotor yang terlibat ialah
motor kasar dan motor halus. Menurut Gesell pelbagai aktiviti yang boleh
dilakukan pada peringkat ini.
SIAPA GLENN DOMAN????
Glenn Doman
menjadi pelopor dalam pengembangan cara belajar membaca dan matematik
bagi anak-anak seawal usia. Glenn Doman adalah contoh selain
teori perkembangan Piaget. Doman adalah seorang doktor bedah otak. Beliau menghasilkan pendekatan ini untuk membantu menyembuhkan orang-orang yang mengalami kecederaan otak melalui penggunaan flash card. Beliau membuat kad-kad kata yang ditulis dengan tulisan
berwarna merah pada karton tebal, dengan ukuran huruf yang cukup besar.
Dr Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement
of Human Potential memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca
dan mengenal gambar (dikenali sebagai cebisan intelek). Perkataan
flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu
flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan
secara flash atau cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat.
Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi;
cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima
maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit.
Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami
apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran
untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.
Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau
maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar
maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang
bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.

Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara
otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat
dan efektif. Dr Glenn Doman juga mendapati bahawa anak kecil semuda 6
bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian dengan cara otak
belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.
Menggunakan flashcard atau kad imbasan juga selaras dengan kemampuan
otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat
meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa
serta IQ anak. Sebenarnya yang penting penggunaan flash card atau kad
imbasan adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan
yang bersifat holistik ( menerima maklumat dengan menyeluruh).
Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat
menerima rangsangan degan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal
kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan
kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk
pembangunan seterusnya.
Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak
akan memastikan dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana
anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu
imej pada satu masa. Sukar untuk memastikan sama ada anak memberi
tumpuan kepada objek yang disebut ibu jika terdapat banyak objek lain
walaupun ibu menunjuk ke arah objek tersebut.
Keduanya, anak kecil mudah belajar jika dia melihat sesuatu yang
konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau
maklumat atau arahan yang abstrak. Anak akan lebih memahami apa itu
kucing jika kita tunjukkan dia gambar kucing(sesuatu yang
konkrit)daripada kita hanya sekadar membuat bunyi atau menyebut
perkataan “kucing”(tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau memberi
deskripsi apa itu kucing (abstrak).
Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia
akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan
melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui
sebutan nama gambar tersebut.
Kenapa perlu ditunjuk secara flash atau cepat? Sekarang cuba bayangkan
rumah anda. Berapa lama masa diambil untuk imej rumah terbayang di
hadapan mata. Ramai yang akan mengatakan sekelip mata sahaja. Ini
menunjukkan bahawa otak berfungsi secara cepat iaitu otak adalah
mekanisme berkelajuan tinggi. Otak jika diibaratkan seperti komputer
dapat menghasilkan semula gambaran rumah kita kerana ia sudah diberi
input atau maklumat imej tentang rumah pada suatu masa dulu. Dengan itu,
apa yang kita lakukan adalah bersesuaian dengan cara otak kita
berfungsi. Lagipun, mata dan telinga hanya berfungsi seperti kamera dan
perakam suara.

