Powered By Blogger

Saturday, 18 May 2013

Perkembangan Kognitif Jean Piaget






4 Konsep Utama Teori Kognitif Piaget
· Skema (Schema)
· Penyerapan (Assimilation)
· Pengubahsuaian (Accomodation) dan
· Keseimbangan (Equilibrium)


gambar hiasan

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.

gambar hiasan

Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

gambar hiasan

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

gambar hiasan

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.


4 Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget


Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
  • Sensori motor (0-2 tahun)
  • Pra-operasi (2-7 tahun)
  • Operasi konkrit (7-12 tahun)
  • Operasi formal (12 tahun ke atas)
1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)


gambar hiasan

  • Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan perkembangan kognitif berkaitan persekitarannya;
  • Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori);
  • Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal
2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)

gambar hiasan
  • Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan);
  • Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik);
  • Kemahiran berbahasa kian meluas;
  • Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan;
  • Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).
   Implikasi teori dalam P&P
  • Penggunaan BBM yang konkrit;
  • Arahan ringkas dan difahami;
  • Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
  • Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.
3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

gambar hiasan
  • Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit;
  • Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan;
  • Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait;
  • Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;
   Implikasi teori dalam P&P
  • Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);
  • Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
  • Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
  • Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
  • Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.
4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

gambar hiasan
  • Pemikiran abstrak;
  • Pemikiran sistematik;
  • Kebolehan berhipotesis;
  • Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan sekeliling).
   Implikasi teori dalam P&P
  • Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks;
  • Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah;
  • Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.
  •  Boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah secara logik.


Teori Perkembangan Robert Havighurst

ROBERT HAVIGHURST

Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya menurut beliau lagi faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya. Beliau telah membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat iaitu :
  • Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun) 
  • Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun ) 
  • Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )


PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN

i) Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)
Kebanyakan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan. Pada peringkat ini, semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang mampu mencapai tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula berlari dan melompat selepas pandai berjalan.

Sistem penghadaman kanak-kanak beransur-ansur bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Seterusnya organ-organ menguyahnya akan berkembang sehingga dapat mengunyah makanan pejal apabila umurnya mencapai 2 tahun.

Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau tidak terhadap sesuatu.

Latihan membuang air kecil dan besar pada masa dan tempat yang sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh kanak-kanak. Kesan latihan ini mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian hari.

Kanak-kanak juga sedar sejak awal lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal lagi kanak-kanak diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga pergaulan mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan perempuan.

Selain itu pada peringkat ini kanak-kanak juga telah bersedia untuk belajar dengan memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan. Kesediaan membaca juga dapat diasuh melalui pengalaman langsung kanak-kanak.

Ketika kanak-kanak berumur 6 tahun, Kanak-kanak belajar juga sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Mereka juga sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.


ii) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak mula berkembang. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak. Jadi kana-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang baik.

Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga dan akan pergi kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina mereka. Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara mara . di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu.


iii) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )
Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan suara. Kanak-kanak perempuan akan berkelakuan sebagai orang perempuan dan lelaki akan berkelakuan orang lelaki. Mereka harus memahami bagaimana untuk bergaul dan bersosial bersama kawan-kawan yang berlainan jantina. Remaja juga belajar membentuk emosi daripada ibu bapa iaitu belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Selain itu, remaja harus bersedia memilih satu pekerjaan yang sesuai untuk masa depannya. Remaja juga sedang mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan mereka pada dewasa kelak.


Implikasi Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst dalam Proses Pembelajaran Kanak-kanak.

Implikasi melalui teori tugasan perkembangan Robert Havighurst yang dapat dilaksanakan dalam proses pembelajaran murid-murid adalah guru-guru memerhatikan keupayaan kanak-kanak dan menggolongkan mereka menurut kebolehan masing-masing. Maksudnya di sini, kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang dapat menyerap dengan cepat input-input yang diberikan oleh guru dan ada juga murid-murid yang lambat menerima. Oleh yang demikian, guru perlulah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap perkembangan masing-masing. Selain itu, guru perlu bijak dalam memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan pengalaman murid-murid tersebut agar P&P yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan menarik minat murid. Sementara itu, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan untuk membentuk kemahiran fizikal murid-murid seperti padang permainan serta peralatan sukan yang lengkap untuk membentuk murid mencapai tahap tugas perkembangan yang digariskan oleh Robert.

Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid perlu membina sikap terhadap diri yang sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat dan bersih serta perasaan yang normal. Jadi guru perlulah memahami fungsi sosiometri di dalam bilik darjah supaya murid-murid dapat membina sikap kendiri yang positif. Maksudnya, keadaan bilik darjah yang bersih dan ceria akan membangkitkan minat murid untuk terus belajar dan tidak mudah berasa bosan semasa P&P dilaksanakan. Guru juga perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran serta aktiviti di dalam kelas untuk merangsangkan pemikiran murid dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik. Selain itu, keadaan penjagaan diri murid-murid tersebut juga perlu dititikberatkan oleh guru agar suasana pembelajaran di kelas berada dalam keadaan selesa.

Selain itu, kanak-kanak mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya semasa berada pada peringkat umur 6 – 12 tahun. Mereka mula membina jalinan persahabatan dalam membentuk kelompok sosial mereka. Kanak-kanak juga dikatakan akan semakin menjauh dari keluarga dan akan semakin rapat bersama rakan sebaya. Implikasi daripada tugas perkembangan adalah guru berperanan penting dalam menerangkan konsep fungsi dan peranan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan kanak-kanak dapat bergaul dengan baik antara rakan sebaya dan memastikan agar rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan ataupun kebururukan murid tersebut. Rakan sebaya yang berperangai buruk akan mempengaruhi hidup murid-murid yang lain. Jika guru tidak mencegah dari awal maka murid tersebut akan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang dibawa oleh rakannya itu.

Tugas perkembangan memastikan supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Implikasinya, guru perlu bersedia dengan banyak ilmu pengetahuan untuk melahirkan suasana kelas yang menyeronokkan. Guru perlu banyak melatih murid dengan kemahiran-kemahiran asas agar murid tersebut cekap dalam semua aspek. Guru perlulah sentiasa memberi motivasi dan galakan kepada murid-murid agar sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing. Kemudahan dan alat bantu mengajar yang lengkap dapat menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain dari kemahiran guru ketika di dalam kelas.

Guru perlu memberi bimbingan dan nasihat yang baik untuk mencapai tingkah laku murid-murid yang baik. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan contoh teladan yang baik semasa proses P&P berjalan. Nilai-nilai murni ini akan mudah diterima oleh kanak-kanak kerana mereka senang dibentuk. Mereka juga mudah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh kita. Jadi guru perlulah tunjuk tingkah laku yang terbaik untuk dijadikan contoh teladan kepada murid-murid. Selain itu guru juga perlulah menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik minat murid agar mereka sentiasa positif dan dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.

Teori Kepelbagaian Kecerdasan Howard Gardner

Howard Gardner



 
Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi perhatian kepada kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.
 
 
 
 Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik permulaan kejutan bagi pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat kecerdasan manusia. Beliau menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek yang melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan personal atau persepsi psikologikal yang kita dan orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan manusia dan mengenepikan keperluan perkembangan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.
Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu konteks yang pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini beliau membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan pendekatan pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya mudah untuk belajar secara tradisional.
Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di Harvard Universiti. Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat Piaget yang dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap kecerdasan manusia. Gardner menilai semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget sebagai “too narrow a notion of how the human mind works.” Beliau tidak mempercayai kewujudan satu bentuk kognitif yang menguasai semua bentuk pemikiran manusia. Gardner memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan manusia dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang tersendiri.
 Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau fesyen produk yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji bagaimana manusia menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar tentang kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia apabila mereka menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta produk budaya yang penting.
 
Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai
  1)Logikal Matematik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum.
Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.
2) Spatial / Visual Ruang
Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.
Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.
3) Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan individu.
Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.
4) Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks.
Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot – mereka ingat perkara melalui badan mereka seperti memori lisan.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walaupun kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.
5) Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang evergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.
6) Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.
Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam. Contohnya, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
7) Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.
Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.
Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.
8) Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.
Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam perladangan, perlombongan, dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini termasuk alamiah, petani dan tukang kebun.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.
9) Spiritual / Eksistensialisme
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.
Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan  yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.
 
 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn tanggungjawab bagi mendidik anak bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.
Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan peningkatan.
Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.
Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini,  guru dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi  murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.
Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti ‘hands-on’?. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi?
Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.
Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai  dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti  masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi interpersonal pula, murid  mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.
Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreativiti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar. Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

Teori Konstruktivisme Piaget (Jumpaan terbimbing)

Teori Konstruktivisme Jean Piaget

Biodata Jean Piaget


Dilahirkan di Neuchâtel, Switzerland, pada 9 Ogos 1896. Jean merupakan anak pertama kepada ibu bapanya. Bapanya Arthur Piaget merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah manakala ibunya bernama Rebecca Jackson. Pada tahun 1923, beliau berkahwin dengan Valentine Châtenay dan mempunyai tiga anak. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.Beliau merupakan seorang yang berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang amat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Geneva, Switzerland. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist." Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting di abad ke dua puluh dalam bidang Psikologi.

Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah.
Pada tahun 1940, Beliau menjadi ketua Experimental Psikologi, Pengarah makmal psikologi, dan presiden Masyarakat Psikologi Switzerland. Pada tahun 1942, ia memberikan serangkaian kuliah di College de France, selama pendudukan Nazi di Perancis. Kuliah ini menjadi The Psychology of Intelligence. Pada akhir perang, beliau diangkat sebagai Presiden Suruhanjaya Switzerland UNESCO. Pada akhir kerjayanya, beliau telah menulis lebih dari 60 buku dan ratusan artikel.

Teori Konstruktivisme Jean Piaget

Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka ini, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang belagak seperti “saintis kecil”. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai “soalan epistemology”. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat. Pemikiran secara kualitatif.
Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia berfungsi.
Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar.

Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran.
Beliau mencadangkan empat prinsip konsep antaranya adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. 

Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalah matematik dan lain-lain.

Adaptasi

Dalam proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi.

Asimilasi

Ia adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data yang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster sebagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang.

Akomodasi
Ia berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi yang baru. Ia melibatkan perubahan skema sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan dengan pemikiran kita.Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi.

Belajar melalui bermain (Pedagogi bermain)

Definisi belajar melalui bermain

Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui pendekatan ini murid boleh bermain dan berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian.
Spesifikasi fizikal bayi (0-6 bulan)

  • Kepala dan lingkaran dada hampir sama dengan bahagian perut.
  • Lingkaran di kepala meningkat sekitar 2 cm per bulan sehingga 2 bulan, kemudian
  • meningkat 1.5 cm sehingga ke 4 bulan.
  • Peningkatan merupakan petunjuk penting daripada pertumbuhan otak.
  • Pernafasan melalui otot perut.
  • Ubun-ubun di bahagian belakang (punggung).
  • Kulit masih sensitif dan mudah terangsang.
  • Mudah menangis
  • Gusi masih berwarna merah
  • Mata mula bergerak secara serempak.


Aktiviti Bayi Usia 0-6 Bulan
Senaman Otot (0-3 bulan)

Aktiviti:
Aktiviti senaman kaki dan meluruskan kaki.
Menggerakkan jari bayi.

Manfaat:
Perkembangan motor kasar pada peringkat umur bayi ketika ini dapat dilihat daripada
pergerakan melentur tegangkan tangan dan kakinya. 
Pada peringkat ini, bayi mampu menahan lengan sambil mangangkat dada dalam kedudukan meniarap.
Dapat memberi kekuatan pada otot lutut, paha, tangan bayi.

Bermain Merangkak dan Merayap (3 bulan)
Sesuai ketika bayi baru lahir dan ke atas. Kaedah ini dapat melatih seluruh otot dan alat gerak
bayi.

Alat yang diperlukan:
Alas untuk bayi merangkak dan tape plus kaset.

Cara bermain:
Putar lagu dan biarkan bayi merangkak atau merayap ke arah anda.
Biarkan ia menggerakkan tangan dan kakinya mengikuti irama dan ritma muzik.
Ibu boleh la mengagah bayi. Bayi pasti ketawa.
Bagi bayi yang baru dilahirkan, anda boleh membaringkan bayi dengan posisi telentang.
Biarkan dia menggerakkan anggota tubuhnya mengikuti iringan muzik tadi.

Bermain Sit-Up Bayi (3-4 bulan)
Permainan ini sesuai dimainkan semasa bayi berumur 3-4 bulan. Permainan ini dapat melatih seluruh otot dan sendi terutama di bahagian atas tubuh seperti leher, bahu dan tangan.

Alat yang diperlukan:
Alas empuk untuk bayi berbaring.

Cara bermain:
Baringkan bayi dalam posisi telentang.
Duduklah dihadapannya dan genggam lembut kedua pergelangan tangannya,
lalu tariklah sampai dia ada di posisi duduk. 
Biarkan bayi berada dalam keadaan sebegitu lalu biarkan dia berbaring lagi.
Lakukan berulang-ulang sambil bernyanyi lagu untuk menarik perhatian bayi.
  
 Bermain Ayun Kaki Ibu (4 bulan ke atas)
Sesuai dilakukan ketika bayi berusia 4 bulan dan ke atas. Ini bertujuan untuk melatih
kemampuan menjaga keseimbangan serta mengukuhkan seluruh otot dan kekuatan kaki dan tangan.
Alat yang diperlukan:
Alas empuk untuk ibu berbaring.
Cara bermain:
1.Ibu hendaklah berbaring secara telentang
dan biarkan bayi berbaring di atas dada.
Apabila keadaannya stabil, angkat bayi lalu biarkan lutut dan tulang si ibu
menjadi sandaran untuk menahan beban tubuh bayi.
2.Apabila bayi sudah seimbang, pegang kedua-dua pergelangan tangan, lalu
gerakkan kaki anda. Jika bayi belum seimbang, tahan tubuh
bayi dengan memegang sisi tubuh bayi.
3.Berhentilah setelah anda melakukan beberapa set gerakan mendekat dan
menjauh. Kemudian mendakap bayi sambil mengatur nafas. Ini sekaligus dapat
melatih otot perut ibu agar kembali tenang.


Puzzles ( 4-6 bulan)

Manfaat:
Puzzles juga menggalakkan perkembangan psikomotor halus dan kasar bayi.
Untuk peringkat awal bayi didedahkan puzzles berbentuk besar. Otot tangan bayi akan berkembang apabila bayi dapat menyambung kepingan puzzles. 

Menyusun blok (3-6 bulan)
Contoh menyusun blok warna-warni
Manfaat :
Permainan menyusun blok dapat tingkatkan kemahiran otot tangan bayi. Bayi pada peringkat ini perlu menggerakkan motor kasar iaitu otot tangan agar mereka bersedia untuk mempelajari permainan yang sukar.
Bentuk blok yang besar sesuai untuk bayi pada umur 4-6 bulan kerana mereka motor kasar iaitu otot tangan adalah rendah. Oleh itu, permainan blok ini dapat membantu mereka. 


Kesimpulan
Perkembangan psikomotor bayi berumur 0-6 bulan
 
  • Perkembangan otot bayi bermula dari atas iaitu kepala dan ke bawah. Pada peringkat atas, bayi akan mengembang otot-otot leher. Kemudian, bayi akan belajar mengendalikan tubuh badan dan akhirnya ke otot kaki.
  • Kemahiran motor kasar ialah keupayaan bayi mengawal bahagian anggota mereka menggunakan otot kasar.
  • Kemahiran motor halus merujuk kepada koordinasi bayi melibatkan perbezaan bahagian anggota badan lain seperti mengangkat, mengambil objek dengan jari seperti memegang sudu, menyelak helaian buku dan menggunakan crayon untuk melukis.

Mengapakah Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting????

Apa itu PAKK??

Pendidikan awal kanak-kanak bermula dari taska melibatkan kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dan tabika lima hingga enam tahun akan diasuh dan diajar oleh tenaga pengajar dengan mendedahkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan peringkat mereka.
  
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Pelbagai perkataan atau frasa digunakan untuk merujuk kanak-kanak dan hubungannya dengan pendidikan dan penjagaannya.
Peringkat awal kanak-kanak ialah satu jangka masa yang amat penting dalam proses pembesaran semua kanak-kanak. Pada peringkat inilah kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial. Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka dengan agak mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka. Pada masa ini juga mereka berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak-kanak tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini.

Menurut Kostelnik dan rakan-rakan 1993:
· ‘Early childhood’ meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir hingga 8 tahun iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah.
· Program tersebut dikendalikan oleh pelbagai institut di tempat berbeza
· Kini kebanyakan kanak-kanak terlibat dengan PAKK kerana kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan dan peningkatan jumlah ibu bekerja.
Istilah prasekolah atau tadika digunakan dengan meluas di Malaysia bagi merujuk PAKK.


Dalam MyMetro 18 Mei 2013 menyatakan bahawa:
  • SIKAP segelintir ibu bapa yang mengambil mudah mengenai didikan awal anak kerana menganggap si kecil itu tidak mungkin dapat memahami pelajaran, bukan saja merugikan kanak-kanak, malah ibu bapa sendiri.
  • Sebahagian ibu bapa pula meletakkan usaha mendidik pada bahu guru semata-mata kerana berasa mereka tiada masa atau tiada kemahiran mendidik, sedangkan mengajar anak kecil tidak perlu secara formal, malah lebih mirip kepada bermain.
  • Untuk mendidik kanak-kanak, kaedah serius seperti yang diamalkan orang dewasa tidak sesuai digunakan kerana tumpuan mereka terlalu mudah terganggu. Oleh itu, menerusi cara bermain dan melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan, akan membantu dalam sesi pembelajaran yang berkesan.  
  • Ada ibu bapa berasa tugas mengajar adalah tanggungjawab guru di sekolah, manakala mereka pula hanya memberi sokongan daripada segi moral dan kewangan bagi memastikan kejayaan anak dalam bidang akademik, bukannya memainkan peranan utama. 
  • Sebahagian ibu bapa pula meletakkan usaha mendidik pada bahu guru semata-mata kerana berasa mereka tiada masa atau tiada kemahiran mendidik, sedangkan mengajar anak kecil tidak perlu secara formal, malah lebih mirip kepada bermain.
MENGAPA PAKK PENTING DALAM MALAYSIA?
Pada pandangan saya, PAKK penting dalam perkembangan kanak-kanak:
1) Mendidik kanak-kanak dalam kesemua aspek perkembangan (fizikal,kognitif, emosi, sosial)
2)Melihat sejauh mana perkembangan yang dapat dicapai oleh kanak-kanak
3) Membentuk sahsiah diri kanak-kanak seawal usia
4) Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian (tolong menolong)
5) Dapat mengembangkan potensi dan bakat dalam diri kanak-kanak (menari, menyanyi, berlakon)
6) Mengajar mereka menggunakan bahan di persekitarannya
7) Membentuk sikap yang baik dan bermoral tinggi berdasarkan pemerhatian dan peniruan.
8) Mempelajari sesuatu yang baru tentang dunia mereka di sekeliling.
9) Meningkatkan kreativiti melalui bermain 
10) Menggalakkan interaksi sosial yang baik antara ibu bapa, guru dan kawan-kawan.
11) Belajar untuk meneroka dan mempelajari sesuatu dalam dunia kanak-kanak 
12) Pendidikan yang amat penting supaya kanak-kanak tidak ketinggalan
13) Dapat menguasai kemahiran 4M seawal usia 3 tahun ( membaca, menulis, mengira dan menaakul)
14) Memberi pengalaman bermakna dalam pembelajaran yang pelbagai (dalam & luar bilik darjah)
15) Belajar untuk berdisiplin dan menguruskan diri tanpa bergantung kepada orang lain (contoh: pakai baju, sikat rambut)
16) Sikap ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara melalui penerokaan di persekitaran. 

Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak amat penting seawal usia mereka. Ia dapat memupuk generasi yang kreatif dan inovatif seiring dengan pendidikan awal kanak-kanak di luar negara.