Powered By Blogger

Monday 11 March 2013

Minggu 3



Hai kawan2 semua! :)

 
Minggu Ketiga : Semester II, 2012/2013
Subjek : PPEK3104  Perancangan Program dan Strategi Pengajaran v.1
Masa : 10.00 pagi sehingga 1 petang (3 jam)
Kelas : Pusat Dialog Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Tarikh: 3 Mac 2013 (Isnin)

Minta maaf Dr.Zuraidah dan kawan-kawan, 

Saya tidak dapat hadir kuliah pada kali ini atas sebab-sebab tertentu.. surat akan diberi pada kuliah seterusnya. Oh tidakk!!!Saya ketinggalan ilmu yang sangat bermakna pada hari tersebut huhu... sedih.. 








Apa patut saya buat?? Tanya kawan apa yang telah belajar? Tengok blog kawan-kawan kelas sedikit sebanyak membantu dalam menjayakan penulisan blog pada minggu ini.


JOM KAWAN-KAWAN!! :)
 Blog kena update?? Mengenai apa? 
1) Program Head Start
2) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan PIPP
3) Mengapa Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) penting? 


Apa itu program head start???  
Program Head start telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.  

Program model pembelajaran Head Start mula diperkenalkan pada tahun 1964 dibawah Head Start Bureau dan disokong oleh Admin for Children and families. Program ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik seperti golongan miskin dan yang berpendapatan rendah. Dengan bermatlamatkan demi membantu membasmi kemiskinan melalui memberi pendidikan, program Head Start memberi pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat bayi dan pra-sekolah di antara umur 4-5 tahun. 

Di dalam program Head Start, teori pembelajaran yang digunakan adalah teori perkembangan atau juga dikenali sebagai teori behaviouris. Ini dapat dibuktikan apabila kanak-kanak yang mengikuti program ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam akademik apabila telah melangkah ke dalam alam persekolahan darjah satu. Antara komponen penting di dalam program Head Start adalah pendidikan, kesihatan, penglibatan ibubapa, dan perkhidmatan sosial.
Pendidikan Awal Kanak-kanak di Amerika Syarikat

Mewujudkan sebuah program yang dinamakan Head Start pada tahun 1965 bertujuan membantu golongan miskin. Merupakan sebuah program United States Department Health dan Human Services yang menyediakan pendidikan komprehensif, kesihatan, pemakanan dan perkhidmatan penglibatan ibu bapa untuk kanak-kanak berpendapatan rendah dan keluarga-keluarga mereka. Projek ini telah direka bentuk untuk membantu golongan miskin dengan menyediakan kanak-kanak prasekolah dari keluarga berpendapatan rendah dengan sebuah program yang akan berasaskan kesihatan yang emosional, sosial, pemakanan dan keperluan psikologi. Antara program Head Start ialah Early Head Start iaitu memperkenalkan tentang kesihatan bayi baru lahir, kenalkan kesihatan keluarga dan fungsinya, kuatkan pembangunan bayi. Migrant And Seasonal Program Branch pula ia mewujudkan perkembangan sihat dalam zaman kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun. Manakala American Indian –Alaska Native Program Branch pula dikhususkan untuk Orang India Amerika dan kanak-kanak Alaska Native di mana disediakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, sosialisasi yang berunsurkan pendidikan,pemakanan serta perkhidmatan lain bagu meningkatkan kesediaan kanak-kanak untuk kesekolah (Alice Butler et.al., 2004)

Pada tahun 1960 satu lagi transformasi di dalam sistem pendidikan telah dibangunkan iaitu High Scope. Ianya merupakan satu kaedah falsafah pendidikan bagi prasekolah,tadika atau sekolah rendah berdasarkan idea-idea dari Jean Piaget. Menurut Jean Piaget anak-anak seharusnya terlibat secara aktif dalam pembelajaran kendiri mereka. Mereka “belajar dengan melakukan”, sering bekerja dengan memberi bahan-bahan dan melaksanakan sesuatu mengikut pilihan sendiri. Di dalam satu sekolah High Scope kawasan untuk setiap aktiviti seperi bermain, seni, menulis, permainan dramatik dan sebagainya hendaklah berbeza. Antara kandungan kurikulumnya adalah  pendekatan terhadap pembelajaran seperti bahasa, mengenali huruf dan sebagainya (Alice Butler et al., 2004).


Ciri-ciri Program Headstart
1)Penglibatan Ibu bapa
Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan
pengurusan prasekolah.
2)Kesihatan
Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan,pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.
3)Pemakanan
Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga
kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.
4)Pendidikan
Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk
perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

5)Perkhidmatan Sosial
Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
6)Ketidakupayaan
Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak kurang upaya atau keperluan khas.
7)Kesihatan Mental
Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa
untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.
Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.




PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

Apakah PIPP??


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ini bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program-program pendidikan serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa, di samping mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam arena global.

Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP akan menjadi garis panduan yang jelas kepada semua pihak supaya segala dasar, program dan aktiviti pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif di kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan dapat digembleng demi menjayakan matlamat yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil masa yang lama.


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)



Sebagai gantian kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan semasa pembentangan pelan PPP bahawa ia dirangka menerusi jelajah dialog di seluruh negara dimana 7,039 syor diterima dan 12,000 peserta ambil bahagian.

Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari pelbagai individu dan pertubuhan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PPP adalah satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
Menurut beliau pelan itu sasarkan enam aspirasi utama iaitu:
!)pengetahuan, 
2)kemahiran berfikir
3)kemahiran memimpin
4)kemahiran dwi-bahasa
5)etika dan kerohanian
6)identiti nasional.

Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan : 
Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan 
 memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas
Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem
  
Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.



Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
ANJAKAN 1
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

ANJAKAN 2
Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

ANJAKAN 3
Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

ANJAKAN 4
Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

ANJAKAN 5
Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

ANJAKAN 6
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

ANJAKAN 7
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

ANJAKAN 8
Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

ANJAKAN 9
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

ANJAKAN 10
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

ANJAKAN 11
Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Kesimpulan:
 
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang berfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk memacu perlaksanaan pelan ini.









Saturday 2 March 2013

Minggu 2 : Perancangan Program dan Strategi Pengajaran v.1










Assalammualaikum dan Salam sejahtera kawan-kawan sekalian,

Alhamdulilah saya telah datang tepat ke kelas pada masanya. Hehe... Begitu juga kawan-kawan yang lain. Tahniah! :)


Mengimbas kembali....... (sila lihat di bawah)

Minggu Kedua : Semester II, 2012/2013
Subjek : PPEK3104  Perancangan Program dan Strategi Pengajaran v.1
Masa : 10.00 pagi sehingga 1 petang (3 jam)
Kelas : BSEB301
Tarikh: 25 Februari 2013 (Isnin)

Kelas 3 jam lama kan? Tapi tak rasa lama pun sebab banyak informasi yang telah diberikan oleh Dr. Zuraidah tentang tugasan individu dan kumpulan, tarikh-tarikh penting hantar tugasan, hasil pembelajaran, pelan pembangunan pendidikan ada 11 elemen perlu di transformasi (2013-2015), penerangan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak (umur sama tetapi perkembangan berbeza dari segi fizikal, penampilan diri dan latar belakang), kena browse internet tentang kaedah melatih kanak-kanak untuk berjalan dalam jangka masa yang ditentukan (40 minggu - 52 minggu) dan tentang teori Arnold Gesell.

Info penting tentang subjek ini :
60% Tugasan individu dan tugasan kumpulan
40% Peperiksaan Akhir 

Tugasan Individu (20 markah)


1) Perlu ada blog tentang Perancangan Program dan Strategi Pengajaran v.1 dan perlu ada tajuk yang direka sendiri..
2) Perlu buat refleksi dalam blog sendiri mengenai apa yang telah dipelajari pada minggu tersebut. *Refleksi individu (pengajaran dalam kelas) 
*Refleksi perbincangan dalam kumpulan yang telah ditetapkan. 
Ia merangkumi cetusan idea dalam pengajaran kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Contohnya pendekatan Glenn Domen. 
3) Setiap minggu Dr. Zuraidah akan bagi tugasan. Jadi, bersedia!! (bagi refleksi individu)

 Tugasan Kumpulan  (20 markah)

AHLI KUMPULAN : Sukri (K), Eunice Ng, Nad, Ezan, Ain Yazid, Kak Nisa & Kak Mira. 
1) Perbincangan bersama kumpulan tentang pendekatan pengajaran yang digunakan dalam isu yang sama. (Pendekatan Maria Montessori? Lev Vygotsky? apa-apa sahaja.. janji sepakat dengan ahli kumpulan masing-masing) :) 
PENTING : Pendekatan pengajaran mesti ada VISI, MISI, OBJEKTIF, MATLAMAT DAN HASIL PEMBELAJARAN

2) Lawatan setiap kumpulan ke sebuah TASKA. (Lihat pendekatan pengajaran yang digunakan)
* Menyusun ruang penyesuaian di bawah umur 5 tahun
*Merancang aktiviti mengikut penyusunan jadual (promosi tadika kepada ibu bapa yang akan menghantar anak mereka di taska tersebut) ~ planned future kindergarden~
PENTING : REKABENTUK RUANG TADIKA SENDIRI (1-5 tahun) ~ kaitkan dengan teori yang telah dipelajari dan terangkan secara terperinci.

                                                       TARIKH PENTING !!!

15 April 2013 = Lawatan ke Taska (bersama ahli kumpulan)
17 Mei 2013 = Serahan tugasan
20 Mei 2013 = Presentation 
31 Mei 2013 = Projek Rekabentuk

 ~Semoga berjaya~





Seterusnya, Dr. Zuraidah menerangkan 4 hasil pembelajaran mengenai subjek Perancangan Program dan Strategi Pengajaran 
1) Menerangkan konsep pengajaran, pembelajaran dan pendekatan P&P
2) Merancang aktiviti bagi bayi dan kanak-kanak bertatih. Contoh: merangkak. (berdasarkan pendekatan yang dipilih)
3) Menyusun ruang fizikal bersesuaian bagi setting Pendidikan Awal Kanak-Kanak peringkat bayi dan kanak-kanak bertatih.
4) Merancang aktiviti perkembangan bersesuaian. Salah satu kaedah yang digunakan ialah penyusunan jadual. 
*Cara memilih aktiviti yang sesuai di bawah umur 5 tahun
*Panduan merancang aktiviti di bawah umur 5 tahun
*Perancangan, pelaksanaan dan penilaian aktiviti untuk memudahkan perkembangan kanak-kanak.

Kelas minggu ke 3 bertempat di Tingkat Atas Sekali, Pusat Dialog Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

~ Semoga bertemu kembali~ InsyaAllah




TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL






Biodata tokoh
Arnold Gesell atau nama sebenarnya ialah Arnold Lucias Gesell merupakan seorang psikologis dan pakar kanak-kanak Amerika yang merintis kajian mengenai proses perkembangan manusia semenjak lahir sehingga remaja. Beliau memfokuskan kajian secara saintifik dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Beliau dilahirkan pada 21 Jun 1880, di Alma, Wisconsin. Keluarganya amat menghargai akan pendidikan . Pada awalnya Gessell membuat keputusan untuk menjadi seorang guru. Beliau berkelulusan dari University of Wisconsin pada tahan 1903 dan kemudiannya menjadi pengetua dan guru di sekolah tinggi sebelum beliau memasuki Clark University dimana Gasell telah menerima Phd pada tahun 1906 di university tersebut. Gasell percaya bahawa dalam usaha untuk membuat kajian dalam perkembangan kanak-kanak, beliau perlu mengetahui mengenai perubatan. Oleh itu, beliau telah menyambung pendidikannya dalam bidang perubatan di Yale dan menerima M.D pada tahun 1915. Setelah menamatkan pengajian, beliau memulakan kerjaya dengan mengajar psikologi dan kebersihan kanak-kanak di Los Angeles State Normal School. Gesell telah menyertai salah sebuah fakulti yang terdapat di Yale dan beliau menjadi penolong professor pendidikan pada tahun 1911 dan menubuhkan dan menguruskan Yale Clinic Of Child Development pada tahun yang sama hingga tahun 1948. Dari tahun 1948 hingga ke akhir hayatnya, Gesell merupakan pengarah kepada Gesell Institute Of Child Development di New Haven, Connecticut iaitu sebuah insitut yang mengkaji perkembangan kanak-kanak. Gasell telah meninggal dunia pada 29 May 1961.


Peringkat - peringkat dan cadangan aktiviti.
Menurut teori kematangan yang dibuat oleh Arnorld Gesell, beliau telah membahagikan kepada 5 peringkat dalam proses perkembangan kanak-kanak.

1) Peringkat pertama lahir sehingga 1 tahun iaitu 1 bulan menghasilkan tangisan berbeza-beza untuk menyatakan kehendak berlainan seperti lapar dan juga lampinnya basah, 4 bulan koordinasi fizikal berlaku seperti mata mengikut objek yang bergerak, 6 bulan bayi mula menggenggam objek, 7 bulan bayi boleh duduk & merangkak dan 12 bulan bayi mampu berdiri dengan berpaut pada perabot.

#Cadangan aktiviti adalah penerokaan permainan. Bagi melakukan aktiviti ini ibu bapa memainkan peranan dalam melakukan aktiviti ini. Ibu bapa perlu meletakkan bayi di atas lantai atau ruang yang luas supaya dapat menerokai permainan atau persekitaran yang dapat membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan bayi tersebut. Ruang yang luas memberikan kebebasan terhadap bayi untuk terus bergerak dan menggunakan anggota badan bayi tersebut. Ibu bapa seharusnya memberikan bayi dengan pelbagai jenis permainan yang berwarna-warni yang boleh menarik perhatian bayi yang bermain. Aktiviti penerokaan permainan akan melibatkan pelbagai jenis permainan yang disediakan atau berhampiran dengan bayi yang dapat meningkatkan daya pergerakan psikomotor bayi. Permainan yang berwarna-warni dapat menarik perhatian bayi untuk bergerak bagi mendapatkannya. Dalam masa yang sama ibu bapa digalakkan untuk bermain bersama-sama dengan bayi supaya dapat mengawasi bayi daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Antara pergerakan yang terlibat semasa aktiviti di peringkat ini adalah psikomotor kasar dan psikomotor halus.

2)Peringkat kedua, 1 - 2 tahun iaitu kemantangan fizikal dan mental mula meningkat, mula memahami makna ‘jangan’ dan pada umur 2 tahun mampu untuk berjalan tetapi dengan bantuan.

#Cadangan aktiviti adalah bertatih. Aktiviti ini boleh dilaksanakan dikawasan yang lapang seperti ruang tamu, lantai yang mempunyai permukaan yang lembut dan kawasan rumput. Kawasan yang lembut atau rumput diperlukan bagi mengelakkan bayi tidak akan mengalami kecederaan apabila jatuh semasa menjalankan aktiviti tersebut. Kecederaan yang teruk akan menrencatkan lagi perkembangan atau pertumbuhan bayi tersebut. Ibu bapa perlu membantu bayi ketika proses bertatih bagi mendapatkan sokongan yang baik. Semasa menjalankan aktiviti bertatih ini bayi perlu mendapatkan sokongan sama ada daripada ibu bapa atau persekitaran yang boleh membantu. Sokongan ibu bapa untuk memegang tangan bayi untuk aktiviti bertatih adalah sangat penting kepada perkembangan psikomotor atau anggota badan bayi. Ibu bapa yang memberi sokongan akan meningkatkan lagi semangat bayi untuk terus malakukan aktiviti tersebut sehingga berjaya untuk berjalan. Selain itu, alat bantuan seperti walker boleh digunakan bagi membantu bayi semasa proses bertatih. Walker juga memberi kesan kepada keyakinan bayi untuk melakukan aktiviti bertatih. Alat bantuan lain juga boleh digunakan semasa proses bertatih. Bantuan daripada peralatan yang ada dipersekitaran bayi juga turut membantu semasa proses bertatih. Antara motor yang terlibat adalah motor halus dan motor kasar. Motor kasar ialah otot kaki semasa proses bertatih dan motor halus genggaman tangan bayi untuk berpaut kepada sesuatu untuk bertatih.

3) Peringkat ketiga, 2 - 3 tahun iaitu koordinasi mata, tangan dan kaki mula terbentuk, boleh bercakap menggunakan ayat mudah dan boleh menguruskan diri seperti makan dan memakai kasut.

#Cadangan aktiviti adalah bermain play dough dan lego. Peringkat ini kanak-kanak sudah pandai untuk berimaginasi bagi membentuk sesuatu dengan menggunakan permainan yang berada berhampiran atau persekitaran kanak-kanak tersebut. Permainan play dough dan lego meningkatkan lagi daya pemikiran bayi dan psikomotor bayi semasa aktiviti ini dijalankan. Ibu bapa boleh menggalakkan kanak-kanak menghasilkan pelbagai bentuk rekaan yang disukai oleh mereka. Reka bentuk yang dihasilkan kebanyakkannya menyerupai objek-objek yang berada di persekitaran bayi tersebut. Galakkan daripada ibu bapa penting kerana mereka antara orang yang paling rapat dan mampu untuk melakukan aktiviti bersama-sama bayi tersebut. Pengawasan daripada ibu bapa perlu bagi memastikan tiada sebarang kecederaan yang berlaku terhadap bayi yang boleh merencatkan perkembangan dan pertumbuhan bayi. Ibu bapa boleh memberikan aktiviti peneguhan positif kepada kanak-kanak seperti pujian, bertepuk tangan bagi merangsang kanak-kanak yang terus bermain. Pujian yang diberikan mampu untuk meningkatkan keyakinan bayi untuk terus berusaha melakukan pergerakan. Permainan play dough dan lego meningkatkan daya pemikiran dan pergerakan psikomotor bayi berkembang dengan lebih baik. Antara pergerakan yang terlibat ialah pergerakan motor halus koordinasi mata, tangan dan keseimbangan badan.

4) Peringkat keempat, 3 – 4 tahun iaitu koordinasi dan kematangan fizikal semakin kukuh dan boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa.

#Cadangan aktiviti adalah menunggang basikal beroda tiga. Aktiviti mengayuh basikal merupakan permulaan kepada pergerakan motor kasar. Ibu bapa perlu memberi sokongan supaya kanak-kanak dapat menyesuaikan diri bermain basikal. Keselesaan semasa melakukan aktiviti menunggang basikal amat penting supaya kanak-kanak berminat untuk terus berlatih. Perkembangan atau pertumbuhan akan terus berkembang secara positif. Ibu bapa perlu memberi pengawasan & pemerhatian dalam aktiviti yang terlibat supaya tidak berlaku sebarang kecederaan terhadap kanak-kanak tersebut. Antara pergerakan yang terlibat ialah genggaman melibatkan motor halus dan kayuhan kaki (pergerakan) melibatkan motor kasar.

5) Peringkat kelima, 4 – 5 tahun iaitu proses berinteraksi terbentuk, mula bersosialisasi, mengemukakan soalan berperingkat-peringkat dan bersedia untuk ke kelas prasekolah.

#Cadangan aktiviti adalah bermain bola sepak bersama rakan-rakan. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula untuk bersosial dan melakukan aktiviti berkumpulan. Pemilihan aktiviti bermain bola sepak merupakan aktiviti sesuai bagi seseorang kanak-kanak normal. Pengawasan daripada ibu bapa sangat penting supaya tidak berlaku kecederaan terhadap kanak-kanak. Antara psikomotor yang terlibat ialah motor kasar dan motor halus. Menurut Gesell pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada peringkat ini.

   
SIAPA GLENN DOMAN????
 

 Glenn Doman menjadi pelopor dalam pengembangan cara belajar membaca dan matematik bagi anak-anak seawal usia.  Glenn Doman adalah contoh selain teori perkembangan Piaget. Doman adalah seorang doktor bedah otak. Beliau menghasilkan pendekatan ini untuk membantu menyembuhkan orang-orang yang mengalami kecederaan otak melalui penggunaan flash card. Beliau membuat kad-kad kata yang ditulis dengan tulisan berwarna merah pada karton tebal, dengan ukuran huruf yang cukup besar.

 Dr Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement of Human Potential memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca dan mengenal gambar (dikenali sebagai cebisan intelek). Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara flash atau cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat.

Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.

Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.
 


Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif. Dr Glenn Doman juga mendapati bahawa anak kecil semuda 6 bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian dengan cara otak belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.

 Menggunakan flashcard atau kad imbasan juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ anak. Sebenarnya yang penting penggunaan flash card atau kad imbasan adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang bersifat holistik ( menerima maklumat dengan menyeluruh). Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan degan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.

Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak akan memastikan dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Sukar untuk memastikan sama ada anak memberi tumpuan kepada objek yang disebut ibu jika terdapat banyak objek lain walaupun ibu menunjuk ke arah objek tersebut.

Keduanya, anak kecil mudah belajar jika dia melihat sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak. Anak akan lebih memahami apa itu kucing jika kita tunjukkan dia gambar kucing(sesuatu yang konkrit)daripada kita hanya sekadar membuat bunyi atau menyebut perkataan “kucing”(tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau memberi deskripsi apa itu kucing (abstrak).

Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.

Kenapa perlu ditunjuk secara flash atau cepat? Sekarang cuba bayangkan rumah anda. Berapa lama masa diambil untuk imej rumah terbayang di hadapan mata. Ramai yang akan mengatakan sekelip mata sahaja. Ini menunjukkan bahawa otak berfungsi secara cepat iaitu otak adalah mekanisme berkelajuan tinggi. Otak jika diibaratkan seperti komputer dapat menghasilkan semula gambaran rumah kita kerana ia sudah diberi input atau maklumat imej tentang rumah pada suatu masa dulu. Dengan itu, apa yang kita lakukan adalah bersesuaian dengan cara otak kita berfungsi. Lagipun, mata dan telinga hanya berfungsi seperti kamera dan perakam suara.





Minggu 1: Perancangan Program dan Strategi Pengajaran v.1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Syukur Alhamdulilah... akhirnya blog ini telah dicipta buat kali pertama dalam hidup saya. :)
Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu.. Moga Allah merahmatimu..ameen
Blog ini ditubuhkan sebagai tugasan individu dan perbincangan kumpulan mengenai pendekatan pengajaran yang digunakan bagi subjek wajib fakulti => PPEK3104 Perancangan Program dan Strategi Pengajaran v.1.

Mengimbas kembali....... (sila lihat di bawah)

Minggu Pertama : Semester II, 2012/2013
Subjek : PPEK3104  Perancangan Program dan Strategi Pengajaran v.1
Masa : 9.00 pagi sehingga 12 tengah hari
Kelas : BSEB301
Tarikh: 18 Februari 2013 (Isnin)

 Saya tiba lewat 15 minit ke kelas ini pada pukul 9 pagi..(pengakuan ikhlas)  ampun... lepas ni tak buat lagi.. masa saya masuk ke kelas, lecturer sedang bercakap mengenai sesiapa yang datang lewat ke kelas selepas ini tidak dibenarkan masuk dan pintu bilik akan dikunci tepat pada waktunya mulai minggu hadapan. Saat itu saya rasa malu sangat kerana datang lewat. Tak mengapa.. pengajaran bagi saya agar tidak lewat ke kelas selepas ini.. bukan sahaja untuk kelas ini, malahan untuk kelas-kelas lain pada masa akan datang.. insyaAllah saya akan cuba yang terbaik :)

Info yang saya telah dapat dalam kuliah ini daripada Dr. Zuraidah : 

*Kelas minggu hadapan akan bermula pada pukul 10 pagi sehingga 1 petang.. harap sangat saya dapat menepati masa dengan sebaiknya..
* Proforma untuk subjek ini boleh didapati di Spectrum..
* Strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerajaan dan sekolah swasta..
* Sistem prasekolah masa kini adalah 50 tahun ke belakang berbanding sistem prasekolah di luar negara (ini adalah fakta) di mana kurang menitikberatkan tahap pendidikan formal yang wajib dalam sistem prasekolah.
* Lebih kurang pukul 10 kelas kami berakhir dan kami diarahkan untuk pergi ke auditorium kerana ada lawatan dan ucapan VIP dari Sri Lanka bersama Dekan Fakuti (Program Exchange Student).  

~ Sekian, terima kasih ~




Friday 1 March 2013

First post

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Hai,
ni first post saya :) percubaan pertama saya dalam aktiviti berblog. Banyak yang saya tak tahu pasal blog. Terima kasih kawan-kawan kerana bagi semangat dan tunjuk ajar untuk buat blog ini dengan jayanya.. :)