Powered By Blogger

Monday 11 March 2013

Minggu 3



Hai kawan2 semua! :)

 
Minggu Ketiga : Semester II, 2012/2013
Subjek : PPEK3104  Perancangan Program dan Strategi Pengajaran v.1
Masa : 10.00 pagi sehingga 1 petang (3 jam)
Kelas : Pusat Dialog Peradaban, Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Tarikh: 3 Mac 2013 (Isnin)

Minta maaf Dr.Zuraidah dan kawan-kawan, 

Saya tidak dapat hadir kuliah pada kali ini atas sebab-sebab tertentu.. surat akan diberi pada kuliah seterusnya. Oh tidakk!!!Saya ketinggalan ilmu yang sangat bermakna pada hari tersebut huhu... sedih.. 








Apa patut saya buat?? Tanya kawan apa yang telah belajar? Tengok blog kawan-kawan kelas sedikit sebanyak membantu dalam menjayakan penulisan blog pada minggu ini.


JOM KAWAN-KAWAN!! :)
 Blog kena update?? Mengenai apa? 
1) Program Head Start
2) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan PIPP
3) Mengapa Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) penting? 


Apa itu program head start???  
Program Head start telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanak-kanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.  

Program model pembelajaran Head Start mula diperkenalkan pada tahun 1964 dibawah Head Start Bureau dan disokong oleh Admin for Children and families. Program ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik seperti golongan miskin dan yang berpendapatan rendah. Dengan bermatlamatkan demi membantu membasmi kemiskinan melalui memberi pendidikan, program Head Start memberi pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat bayi dan pra-sekolah di antara umur 4-5 tahun. 

Di dalam program Head Start, teori pembelajaran yang digunakan adalah teori perkembangan atau juga dikenali sebagai teori behaviouris. Ini dapat dibuktikan apabila kanak-kanak yang mengikuti program ini telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam akademik apabila telah melangkah ke dalam alam persekolahan darjah satu. Antara komponen penting di dalam program Head Start adalah pendidikan, kesihatan, penglibatan ibubapa, dan perkhidmatan sosial.
Pendidikan Awal Kanak-kanak di Amerika Syarikat

Mewujudkan sebuah program yang dinamakan Head Start pada tahun 1965 bertujuan membantu golongan miskin. Merupakan sebuah program United States Department Health dan Human Services yang menyediakan pendidikan komprehensif, kesihatan, pemakanan dan perkhidmatan penglibatan ibu bapa untuk kanak-kanak berpendapatan rendah dan keluarga-keluarga mereka. Projek ini telah direka bentuk untuk membantu golongan miskin dengan menyediakan kanak-kanak prasekolah dari keluarga berpendapatan rendah dengan sebuah program yang akan berasaskan kesihatan yang emosional, sosial, pemakanan dan keperluan psikologi. Antara program Head Start ialah Early Head Start iaitu memperkenalkan tentang kesihatan bayi baru lahir, kenalkan kesihatan keluarga dan fungsinya, kuatkan pembangunan bayi. Migrant And Seasonal Program Branch pula ia mewujudkan perkembangan sihat dalam zaman kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun. Manakala American Indian –Alaska Native Program Branch pula dikhususkan untuk Orang India Amerika dan kanak-kanak Alaska Native di mana disediakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, sosialisasi yang berunsurkan pendidikan,pemakanan serta perkhidmatan lain bagu meningkatkan kesediaan kanak-kanak untuk kesekolah (Alice Butler et.al., 2004)

Pada tahun 1960 satu lagi transformasi di dalam sistem pendidikan telah dibangunkan iaitu High Scope. Ianya merupakan satu kaedah falsafah pendidikan bagi prasekolah,tadika atau sekolah rendah berdasarkan idea-idea dari Jean Piaget. Menurut Jean Piaget anak-anak seharusnya terlibat secara aktif dalam pembelajaran kendiri mereka. Mereka “belajar dengan melakukan”, sering bekerja dengan memberi bahan-bahan dan melaksanakan sesuatu mengikut pilihan sendiri. Di dalam satu sekolah High Scope kawasan untuk setiap aktiviti seperi bermain, seni, menulis, permainan dramatik dan sebagainya hendaklah berbeza. Antara kandungan kurikulumnya adalah  pendekatan terhadap pembelajaran seperti bahasa, mengenali huruf dan sebagainya (Alice Butler et al., 2004).


Ciri-ciri Program Headstart
1)Penglibatan Ibu bapa
Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan
pengurusan prasekolah.
2)Kesihatan
Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan,pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.
3)Pemakanan
Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga
kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.
4)Pendidikan
Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk
perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

5)Perkhidmatan Sosial
Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
6)Ketidakupayaan
Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak kurang upaya atau keperluan khas.
7)Kesihatan Mental
Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa
untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.
Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.




PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

Apakah PIPP??


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) ini bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program-program pendidikan serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan supaya output yang dihasilkan berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa, di samping mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam arena global.

Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP akan menjadi garis panduan yang jelas kepada semua pihak supaya segala dasar, program dan aktiviti pendidikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif di kalangan warga pendidik serta semua pihak yang berkepentingan dapat digembleng demi menjayakan matlamat yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelas pertama walaupun ia mengambil masa yang lama.


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)



Sebagai gantian kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan semasa pembentangan pelan PPP bahawa ia dirangka menerusi jelajah dialog di seluruh negara dimana 7,039 syor diterima dan 12,000 peserta ambil bahagian.

Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari pelbagai individu dan pertubuhan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PPP adalah satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
Menurut beliau pelan itu sasarkan enam aspirasi utama iaitu:
!)pengetahuan, 
2)kemahiran berfikir
3)kemahiran memimpin
4)kemahiran dwi-bahasa
5)etika dan kerohanian
6)identiti nasional.

Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan : 
Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan 
 memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas
Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem
  
Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.



Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
ANJAKAN 1
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

ANJAKAN 2
Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

ANJAKAN 3
Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

ANJAKAN 4
Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

ANJAKAN 5
Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

ANJAKAN 6
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

ANJAKAN 7
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

ANJAKAN 8
Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

ANJAKAN 9
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

ANJAKAN 10
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

ANJAKAN 11
Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Kesimpulan:
 
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang berfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk memacu perlaksanaan pelan ini.









No comments:

Post a Comment