Powered By Blogger

Saturday 18 May 2013

Mengapakah Pendidikan Awal Kanak-Kanak penting????

Apa itu PAKK??

Pendidikan awal kanak-kanak bermula dari taska melibatkan kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dan tabika lima hingga enam tahun akan diasuh dan diajar oleh tenaga pengajar dengan mendedahkan suasana pembelajaran yang sesuai dengan peringkat mereka.
  
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Pelbagai perkataan atau frasa digunakan untuk merujuk kanak-kanak dan hubungannya dengan pendidikan dan penjagaannya.
Peringkat awal kanak-kanak ialah satu jangka masa yang amat penting dalam proses pembesaran semua kanak-kanak. Pada peringkat inilah kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial. Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka dengan agak mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka. Pada masa ini juga mereka berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak-kanak tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini.

Menurut Kostelnik dan rakan-rakan 1993:
· ‘Early childhood’ meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir hingga 8 tahun iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah.
· Program tersebut dikendalikan oleh pelbagai institut di tempat berbeza
· Kini kebanyakan kanak-kanak terlibat dengan PAKK kerana kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan dan peningkatan jumlah ibu bekerja.
Istilah prasekolah atau tadika digunakan dengan meluas di Malaysia bagi merujuk PAKK.


Dalam MyMetro 18 Mei 2013 menyatakan bahawa:
  • SIKAP segelintir ibu bapa yang mengambil mudah mengenai didikan awal anak kerana menganggap si kecil itu tidak mungkin dapat memahami pelajaran, bukan saja merugikan kanak-kanak, malah ibu bapa sendiri.
  • Sebahagian ibu bapa pula meletakkan usaha mendidik pada bahu guru semata-mata kerana berasa mereka tiada masa atau tiada kemahiran mendidik, sedangkan mengajar anak kecil tidak perlu secara formal, malah lebih mirip kepada bermain.
  • Untuk mendidik kanak-kanak, kaedah serius seperti yang diamalkan orang dewasa tidak sesuai digunakan kerana tumpuan mereka terlalu mudah terganggu. Oleh itu, menerusi cara bermain dan melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan, akan membantu dalam sesi pembelajaran yang berkesan.  
  • Ada ibu bapa berasa tugas mengajar adalah tanggungjawab guru di sekolah, manakala mereka pula hanya memberi sokongan daripada segi moral dan kewangan bagi memastikan kejayaan anak dalam bidang akademik, bukannya memainkan peranan utama. 
  • Sebahagian ibu bapa pula meletakkan usaha mendidik pada bahu guru semata-mata kerana berasa mereka tiada masa atau tiada kemahiran mendidik, sedangkan mengajar anak kecil tidak perlu secara formal, malah lebih mirip kepada bermain.
MENGAPA PAKK PENTING DALAM MALAYSIA?
Pada pandangan saya, PAKK penting dalam perkembangan kanak-kanak:
1) Mendidik kanak-kanak dalam kesemua aspek perkembangan (fizikal,kognitif, emosi, sosial)
2)Melihat sejauh mana perkembangan yang dapat dicapai oleh kanak-kanak
3) Membentuk sahsiah diri kanak-kanak seawal usia
4) Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian (tolong menolong)
5) Dapat mengembangkan potensi dan bakat dalam diri kanak-kanak (menari, menyanyi, berlakon)
6) Mengajar mereka menggunakan bahan di persekitarannya
7) Membentuk sikap yang baik dan bermoral tinggi berdasarkan pemerhatian dan peniruan.
8) Mempelajari sesuatu yang baru tentang dunia mereka di sekeliling.
9) Meningkatkan kreativiti melalui bermain 
10) Menggalakkan interaksi sosial yang baik antara ibu bapa, guru dan kawan-kawan.
11) Belajar untuk meneroka dan mempelajari sesuatu dalam dunia kanak-kanak 
12) Pendidikan yang amat penting supaya kanak-kanak tidak ketinggalan
13) Dapat menguasai kemahiran 4M seawal usia 3 tahun ( membaca, menulis, mengira dan menaakul)
14) Memberi pengalaman bermakna dalam pembelajaran yang pelbagai (dalam & luar bilik darjah)
15) Belajar untuk berdisiplin dan menguruskan diri tanpa bergantung kepada orang lain (contoh: pakai baju, sikat rambut)
16) Sikap ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara melalui penerokaan di persekitaran. 

Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak amat penting seawal usia mereka. Ia dapat memupuk generasi yang kreatif dan inovatif seiring dengan pendidikan awal kanak-kanak di luar negara. 

No comments:

Post a Comment