Jom kawan-kawan! Kita kenali tokoh yang disegani sehingga kini. Kaedah P&P kepada perkembangan kanak-kanak yang digunakan oleh beliau juga turut diamalkan di negara kita.
Latar Belakang Montessori
MODEL
MONTESSORI (1870-1952)
Model Montessori
dipelopori oleh Maria Montessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada
tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang
perubatan sekali gus telah menjadikan beliau seorang doktor wanita pertama di Itali.
Maria
Montessori terkenal kerana penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak.
Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan
yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan
latihan menggunakan deria dengan cekap.
Beliau juga dicalonkan untuk anugerah “Nobel
Peace Prize” sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1949, 1950 dan 1951. Walaupun
beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya masih diteruskan lagi melalui “Association Montessori Internationale (AMI)”
di Amsterdam, Netherlands sehingga kini. Maria Montessori amat mementingkan
perkembangan kanak- kanak diperingkat awal lagi.
PENDAPAT MARIA MONTESSORI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
- Beliau
berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati
kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran
hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan
kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong
kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal,
sosial, emosi dan rohani.
Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;
a. Minda yang mudah menyerap - Menurut
Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang
diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan
konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku
di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran
lagi.
b. Persekitaran yang tersedia - Persekitaran
yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang
lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan
pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru
adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada
masa yang sesuai.
c. Didikan diri - Kanak-kanak
mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui
aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap
dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak
berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam
sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak
secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak
secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam
pemilihan bahan dan aktiviti.
d. Bahan pembelajaran - Guru
hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan
tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara
bebas dan sukarela.
Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. - Tempoh
sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai
sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak
menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran
dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan
menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.
Menurut falsafah Montessori;
1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.
3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak.
4. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.
5. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.
6. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.
7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak.
8. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas.
9. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.
Prinsip-prinsip dalam kaedah Montessori .
1. Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
2. Konsep kebebasan
3.Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
4.- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
5. Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
6. Pentingnya disiplin diri.
7. Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.
8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya.
9. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.
10. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri. - Kurikulum MontessoriBerikut adalah beberapa set aktiviti yang terdapat dalam kurikulum Montessori:*aktiviti kehidupan harian (Daily Living)Aktiviti ini berbentuk praktikal. Contohnya:-menyikat rambut-mengikat tali kasut-mengenakan butang baju-menyapu sampah dan mengelap meja-mencuci tingkap-menyiram pokok*Aktiviti yang berkaitan dengan deria (Bahan Deria)-pink tower (menara berwarna merah jambu)-brown stairs (tangga berwarna coklat)-red rods (batang kayu berwarna merah)-cylinder block (blok silinder)-smelling jar (botol untuk bauan)-latihan mengecam warna-sound boxes-temperature jugs (jag suhu)-merasa dengan lidah-pelbagai jenis kain*Aktiviti yang bercorak akademikBahan-bahan konsep dan Akademik-alat yang berbentuk geometri yang diperbuat daripada kayu dan bingkai-latihan bentuk dalam tiga segi-latihan pengecaman bentuk>kertas pasir>huruf abjad>manik>latihan penggunaan alat-alat muzik dan lukisanBahan-bahan yang digunakan dalam kaedah Montessori
Mohon share.. TQ!
ReplyDelete